Archives

Lampiran – Sulalatus Salatin

BISMILLAHIR-RAHMANIR-RAHIM

ALHARUDU lillahi Rabbil alamin allazi la ila ha illa huwa wa kana fil awwali wala syaiaa ma ‘ahu. Segala puji-pujian bagi Allah, yang tiada Tuhan hanya la, dan adalah la pada azal, tiada sesuatu jua pun serta-Nya, Wahuwal-abadinyu as-sama­diyu mudabbiruhu biyadihi summa khalaqal-khalaiqa wala hajatalahu. Dan Ialah Tuhan yang abadi, lagi Sentiasa ada-Nya, dan tiada suatu jua pun kemudian. Dijadikan-Nya segala makhluk, dan tiada hajat bagi-Nya. Wa lamma arada izhara rububiyatihi fakhalaqal-nura habibihi wa min zalikal-nuri khalaqal-anbiya ‘a wa rafa ‘a rutbatahu. Maka tatkala Ia hendak menyatakan ketuhanan-Nya, maka dijadikan-Nyanur kekasih­Nya, dan daripada nur itulah dijadikan-Nya segala anbia’ dan diperangkat-Nya martabat-Nya. Wastafa minhum adama liyuzhira nurahu falizalika sajadal-mala’ikatu kulluhum lahu. Daripada anbia’ itu Nabi Allah Adam, supaya menyatakan nur kekasih-Nya; maka dari kerana itulah sujud sekalian malai­katakan dia. Wa akhrajahu minal-jannati kana fihi hikmatuhu wa tafadhdhala alaihi bir-rutbatil-ulya fasara khalifat. Dan di­keluarkan-Nya ia dari dalam syurga, adalah dalamnya hikmat­Nya, dan dianugerahi-Nya akan dia martabat yang tinggi, maka jadilah ia akan khalifah-Nya di bumi, Subhanal-lazi tafarradha bil uluhiyati wa kana lahu wa yufnil-khala’iqu, ba’da khalqihi summa yu ‘iduhu. Maha sud bagi Allah yang tinggi ketuhanan­Nya, dan tiada sekutu bagi-Nya, dan lagi akan difanakan-Nya segala makhluk, kemudian dijadikan-Nya: maka dikembali-

kan pula. Asyhadu alla ilaha illallah wa asyhadu anna Muhammadan abduhu wa rasuluh. Naik saksi aku bahawasanya tiada Tuhan hanya Allah, esa Ia, dan tiada sekutu bagi-Nya, Bahawa Nabi Muhammad itu Hamba-Nya, lagi pesuruh-Nya. Allahum­ma salli wa sallim ‘ala saiyidina sahibilliwa ‘il-Harudi wa maqa­mil-mahmud, wa ‘ala alihi wa ashabihilfa’izina biyadihil-mala­kutu wa linailil-maqsudi. Ya Tuhanku, anugerahi kiranya rahmat dan sejahtera akan penghulu kami Muhammad, yang mempunyai liwa il-Harudi, dan yang mempunyai syafaat dan rahmat Allah dan salawat atas segala sahabatnya yang ber­bahagia, dengan membanyakkan sehabis-habis kuasanya pada menghasilkan maksudnya, iaitu pada keredaan Allah Taala.

Menjunjung Titah Raja

 

Wa ba’adahu adapun kemudian dari itu telah berkata fakir yang insaf akan lemah keadaan dirinya, dan singkat penge­tahuan ilmunya; dan pada suatu masa bahawa fakir duduk pada suatu majlis dengan Orang Besar-besar berSerida gurau. Pada antara itu ada seorang Orang Besar, terlebih mulianya dan terlebih besar martabatnya daripada yang lain. Maka ber­kata ia kepada fakir, “Hamba dengar ada Hikayat Melayu dibawa oleh orang dari Goa; barang kita perbaiki kiranya dengan istiadatnya, supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita, dan boleh diingatkan oleh segala mereka itu. Dan adalah beroleh faedah ia daripadanya.”

Setelah fakir mendengar demikian, jadi beratlah atas anggota fakir allazi murakkabun ‘ala jahlihi, Tun Muhammad namanya, Tun Seri Lanang timang-timangannya, Paduka Raja gelarannya, Bendahara, anak Orang Kaya Paduka Raja, cucu Bendahara Seri Maharaja, cicit Bendahara Tun Narawangsa, piut Bendahara Seri Maharaja, anak Seri Nara Diraja Tun Ali, anak baginda Mani Purindan qaddasallahu sirrahum, Melayu bangsanya, dari Bukit Si Guntang MaHaruiru, Malakat, negeri­nya Batu Sawar Darul ‘I-salam. Demikian katanya: “Tatkala  hijratul-nabiyi sallallahu ‘alaihi wa sallama seribu dua puluh satu tahun, kepada tahun Dal, pada dua belas haribulan Ra­biulawal, kepada hari Khamis, waktu alduha, pada ketika syamsu, pada zaman kerajaan Paduka Seri Sultan Alau’d-Din Riayat Syah zillullahu fil-alam, anak Sultan ‘Ala Jalla Abdul Jalil Syah, akhi Sultan Muzaffar Syah ibni Sultan Alau’d-Din

Ri’ayat Syah, ibni Sultan Mabmud Syah, cucu Sultan Alau’d­-Din Syah, cicit Sultan Mansur Syah, piut Sultan Muzaffar Syah, anak Sultan Muhammad Syah almarhum; Khalladallahu mulkahu wa sultanahu wa abbada ‘adlahu wa ihsanahu. Sedang baginda bemegeri di Pekan Tua, * dewasa itulab datang ke­pada Hamba, ** Seri Narawangsa yang bernama Tun Bambang, anak Seri Akar Raja, Petani; menjunjungkan titab Yang Dipertuan di Hilir, Sultan Abdullab Ma’ayab Syah ibni Sultan Ala Jalla Abdul JaIil Syah, fainna syarafal-makan uial-zaman, Maka ia sesungguhnya kemuliaan tempat dan zaman, wa zainul-majalisi ahlul-iman; dan ia perhiasan segaIa keduduk­”an orang yang beriman; uumurul ‘madarijal-ta’ati wal-ihsan; dan ia menerangi segaIa pangkat taat dan kebajikan: zayyada fadlahu wal-imtinan, dan ditambahi Allah Taala kiranya ia kemuraban dan kelebihan; wa abbada ‘adldhu fi sa’iril-buldan, dan dikekaIkan Allah kiranya ia dengan adilnya pada segala negeri, demikian bunyinya: Titah Yang Maha Mulia itu, “Bahawa beta minta diperbuatkan hikayat pada Bendahara peri persetua dan peri petuturan raja-raja Melayu dengan istia­datnya sekali; supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita, diingatkannya oleh mereka itu; Syahadan beroleh faedahlah ia daripadanya. “

Setelah fakir allazi murakkabun ‘ala jahlihi mendengar titah Yang Maha Mulia itu*** maka fakir perkejutlah diri fakir pada mengusahakan dia, syahadan mohonkan taufik ke­hadrat Allah, Tuhan sani’il-‘alam, dan minta huruf kepada nabi sayyidil-anam, dan minta  ampun kepada sahabat yang akram; maka fakir karanglah hikayat ini, Kama sami’tuhu min jaddi wa abi, supaya akan menyukakan duli hadrat ba­ginda. Maka fakir namai hikayat ini “Sulalatus Salatin”, yakni petuturan segala raja-raja, Hazihi durratul-akhbar, uial-amsal, inilah mutiara segala ceritera dan cabaya segala peri umpamanya. Maka barang siapa membaca dia, jangan dibicarakan dengan sempuma bicara; kerana hikayat ini tahu kamu akan perkataan sabda Nabi sallalahu alaihi wa sallam, “Tafakkaru fi alaillahi wala tafakkaru fi zatillah;” yakni bicarakan oleh-

mu segala kebesaran Allah, dan jangan kamu fikirkan pada zat Allah.

Penaklukan Iskandar Zul-Karnain

 

A’lam ketahui olehmu, kepada zaman dahulukala, dan pada masa yang telah lalu, kata yang empunya ceritera, ba­hawa Raja Iskandar, anak Raja Darab, Rom bangsanya, Makaduniah nama negerinya, Zul-Karnain gelarannya; sekali per­setua baginda berjalan hendak melihat matahari terbit, maka baginda sampai pada suatu bi’at, negeri Hindi. Maka ada se­orang raja di tanah Hindi, terlalu besar kerajaannya, seTerigah negeri Hindi itu dalam tangannya; namanya Raja Kida Hindi. Setelah ia mendengar Raja Iskandar datang, maka Raja Kida Hindi pun menyuruhkan Perdana Menteri menghlmpunkan segala rakyat dan raja-raja yang takluk kepadanya. Setelah sudah kampung semuanya, maka dikeluarinyalah oleh Raja Kida Hindi akan Raja Iskandar; maka setelah bertemulah segala rakyat antara kedua pihak itu, lalu berperanglah, ter­lalu ramai seperti yang dalam Hikayat Iskandar itu. Maka alahlah Raja Kida Hindi itu oleh Raja Iskandar, ditangkap baginda dengan hidupnya Raja Kida Hindi itu; maka disuruh­lah oleh Raja Iskandar membawa iman, maka Raja Kida Hindi pun membawa imanlah dan jadi Islam, dalam agama Nabi Ibrahim Khalilu ‘llah ‘alaihi s-salam. Maka dipersalini oleh Raja Iskandar akan Raja Kida Hindi seperti pakaian dirinya; maka dititihkan oleh Raja Iskandar kembali ke negerinya.

Maka adapun akan Raja Kida Hindi itu ada beranak se­orang perempuan, terlalu baik parasnya, tiada berbagai lagi dan tiada taranya masa itu, cahaya mukanya gilang-gemilang seperti cahaya matahari, dan amat bijaksananya dan sempuma budinya; Puteri Syahrul-Bariyah namanya. Maka Raja Kida Hindi pun memanggil Perdana Menteri pada tempat yang sunyi, maka titah Raja Kida Hindi kepada Perdana Menteri, “Ketahui olehmu, bahawa aku memanggil engkau ini, aku hendak bertanyakan bicara kepadamu; bahawa anakku yang tiada ada taranya seorang pun anak raja-raja pada zaman ini, itulah hendak aku persembahkan kepada Raja Iskandar; apa nasihatmu akan daku?” Maka sembah Perdana Menteri, “Sahaja sebenamyalah pekerjaan yang seperti titah tuan Hamba itu.” Maka sabda Raja Kida Hindi pada Perdana Men-

teri, “Insya-Allah Taala, esok hari pergilah tuan Hamba ke­pada Nabi Khidir, katakanlah oleh tuan Hamba segala perihal ini.”

Maka esok harinya, pergilah Perdana Menteri itu kepada Nabi Khidir. Setelah sudah Perdana Menteri itu pergi, maka disuruh Raja Kida Hindi suratkan nama Raja Iskandar atas segala dirHarunya, dan atas segala panji-panjinya. Adapun setelah Menteri itu sampai kepada Nabi Khidir maka ia pun memberi salam, maka disahut oleh Nabi Khidir salam Menteri itu, lalu disuruhnya duduk. Arakian maka berkatalah Perdana Menteri itu kepada Nabi Khidir alaihi s-salam, “Ketahui oleh tuan Hamba, ya nabi Allah, bahawa raja Hamba terlalu amat kasihnya akan Raja Iskandar, tiada dapat Hamba sifatkan; dan ada ia beranak seorang perempuan, tak dapatlah dikatakan, tiada ada bagainya anak raja-raja dalam alam ini dari masyrik lalu ke maghrib pada rupanya dan budi pekertinya, tiada ada taranya pada masa ini. Adalah raja Hamba akan hendak dipersembahkan dia akan isteri Raja Iskandar.”

Kata sahibul-hikayat, maka pada ketika itu juga pergilah Nabi Khidir kepada Raja Iskandar, maka diceriterakannyalah perihal itu. Maka kabullah pada Raja Iskandar. Kemudian dari­pada itu maka Raja Iskandar pun keluarlah ke penghadapan, dihadap oleh segala raja-raja dan ulama dan pendita dan segala Orang Besar-besar, dan segala pahlawan yang gagah-gagah mengelilingi takhta kerajaan baginda, dan dan belakang ba­ginda segala Hamba yang khas dan segala yang kepercayaannya. Maka adalah pada ketika itu Raja Kida Hindi pun ada meng­adap Raja Iskandar, duduk di atas kerusi yang berpermata. Maka ada seketika duduk itu, maka Nabi Khidir alaihi s-salam bangkit berdiri serta menyebut nama, Allah subha nahu wa taala, dan mengucap selamat akan Nabi Ibrahlm Khalilu ‘llah dan segala nabi yang dahulu-dahulu; syahadan maka membaca khutbah nikah akan Raja Iskandar, dan diisyaratkannya per­kataan itu kepada Raja Kida Hindi. Demikian kata Nabi Khidir: “Ketahui olehmu hei Raja Kida Hindi, bahawa raja kami inilah yang diserahkan Allah Taala kerajaan dunia ini kepadanya, dari daksina lalu ke paksina. Adapun sekarang, bahawa tuan Hamba ada beranak perempuan, terlalu baik parasnya; kehendaknya minta daripada tuan Hamba, dan diambil Raja Kida Hindi kiranya akan menantu, supaya ber-

hubunglah segala anak cucu Raja Iskandar, jangan lagi ber­putusan kiranya hingga hari kiamat. Bagaimana, kabulkah? Atau tiadakah?”

Perkahwinan Puteri Syahrul-Bariyah

 

Kata sahibil-hikayat, tatkala didengarlah oleh Raja Kida Hindi kata Nabi Khidir demikian itu, maka ia pun segera turun dari atas kerusi, lalu berdiri di tanah, seraya ia menyembah pada Raja Iskandar, dan berkata ia: “Bahawa ketahui oleh tuanku, ya nabi Allah, dan segala tuan-tuan yang ada hadir; bahawa Hamba ini dengan sesungguhnya Hamba kepada Raja Iskandar, dan anak Hamba sekalian pun Hamba juga ke bawah duli baginda itu, seperti sahaya yang mengerjakan dia seorang, dua orang itu. Ketahui olehmu hei segala tuan-tuan sekalian yang ada ini, bahawa Nabi Khidir akan wali hamba dan wali anak hamba yang bernama Tuan Puteri Syahrul-Bariyah itu.” Apabila didengar oleh Nabir Khidir kata Raja Kida Hindi demikian itu, maka berpalinglah ia mengadap kepada Raja Iskandar, dan berkata ia kepada Raja Iskandar, “Bahawa sudahlah hamba kahwinkan anak Raja Kida Hindi yang bernama Puteri Syahrul-Bariyah dengan Raja Iskandar. Adapun isi kahwinnya tiga ratus ribu dinar emas, redakah tuan Hamba?” Maka sahu t Raja Iskandar, “Redalah Hamba.”

Maka dikahwinkan Nabi Khidirlah anak Raja Kida Hindi dengan Raja Iskandar atas syariat Nabi Ibrahlm Khalilu ‘llah, di hadapan segala mereka yang tersebut itu. Maka bangkit berdirilah segala raja-raja dan segala Orang Besar-besar dan ‘ para menteri dan hulubalang dan segala pendita dan ulama dan segala hukama menabur akan emas dan perak ,Jan permata ratna mutu manikam kepada kaki Raja Iskandar, hingga t’er­timbunlah segala emas dan perak dan ratna mutu manikam itu di hadapan Raja Iskandar, seperti busut dua tiga timbun­annya. Maka sekalian harta itu disedekahkan pada segala fakir dan miskin.

Setelah hari malam, maka datanglah Raja Kida Hindi membawa anaknya kepada Raja Iskandar dengan barang kua­sanya, dengan pelbagai permata yang ditinggalkan oleh datuk neneknya; sekaliannya itu dikenakannya akan pakaian anak­nya. Maka pada malam itu naik mempelailah Raja Iskandar. Syahadan. maka hairanlah hati Raja Iskandar melihat rupa Pu-

teri Syahrul-Bariyah itu, tiadalah tersifatkan lagi, dan pada keesokan harinya maka dipersalin Raja Iskandar akan Tuan Puteri Syahrul-Bariyah itu dengan selengkap pakaian keraja­an, tiada terperi lagi banyaknya; dan Raja Iskandar pun meng­anugerahi pula persalin akan segala raja-raja daripada pakaian yang mulia-mulia, sekaliannya emas bertatahkan ratna mutu manikam, tiga buah perbendaharaan yang terbuka. Maka Raja Kida Hindi pun dianugerahi persalin, dan dianugerahi seratus cembul emas berisi permata, dan ratna mutu manikam dan harta benda yang mulia-mulia, sekaliannya emas bertatahkan ratna mutu manikam, dan dianugerahi seratus ekor kuda yang hadir dengan segala alatnya daripada emas bertatahkan ratna mutu manikam; maka hairanlah hati segala yang memandang dia.

Kemudian dari itu maka berhentilah Raja Iskandar di kenaikan sepuluh hari, setelah datang kepada sebelas harinya, maka berangkatlah Raja Iskandar seperti adat dahulukala, dan tuan puteri anak Raja Kida Hindi pun dibawa baginda; maka baginda pun berjalanlah, lalu ke matahari hidup, seperti yang tersebut dalam hikayatnya yang masyhur itu. Hatta ber­apa lamanya, telah sudah Raja Iskandar melihat matahari ter­bit, maka baginda pun kembalilah, lalu dari negeri Kida Hindi. Maka Raja Kida Hindi pun keluarlah mengadap Raja Iskandar dengan segala persembahannya, daripada khatifah yang mulia­-mulia, dan daripada harta benda yang ajaib-ajaib. Maka Raja Kida Hindi pun berdatang sembah pada Raja Iskandar akan peri dendamnya dan berahinya akan tapak hadrat Raja Is­kandar, tiada dapat kita katakan lagi. Syahadan peri rindu . dendamnya akan anaknya Tuan Puteri Syahrul-Bariyah dan dipohonkannyalah anaknya ke bawali duli Raja Iskandar.

Arakian maka dianugerahkan Raja Iskandar akan Tuan Puteri Syahrul-Bariyah kembali pada ayahnya, Raja Kida Hindi; maka dianugerahi Raja Iskandar akan Puteri Syahrul­-Bariyah persalinan seratus kali, dan dianugerahi harta dar i­pada emas dan perak, dan ratna mutu manikam, dan dari­pada permata dan harta benda yang indah-indah, tiada terhisabkan banyaknya lagi, Maka Raja Kida Hindi pun men­junjung duli Raja Iskandar, maka dipersalin baginda pula seratus kali daripada pakaian baginda Sendiri.

Setelah itu maka dipalu oranglah gendang berangkat dan

ditiup oranglah nafiri alamat Raja Iskandar berangkat. Maka baginda pun berangkatlah dari istana, seperti ad at dahulukala, kasadnya hendak menaklukkan segala raja-raja yang belum takluk kepadanya, seperti yang termazkur itu. Wallahu a’lamu bis-satuab wa ilaihil-marji’u uial-ma’ab,

Zuriat Iskandar ZuI-Karnain

 

Adapun diceriterakan oleh orang yang empunya ceritera, bahawa Puteri Syahrul-Bariyah, anak Raja Kida Hindi, telah Hamillah ia dengan Raja Iskandar;’ tetapi Raja Iskandar tiada tahu akan isterinya HaruiI itu, dan Tuan Puteri Syahrul-Bariyah pun tiada tahu akan dirinya bunting itu. Tatkala Tuan Puteri Syahrul-Bariyah kembali kepada ayahnya, Raja Kida Hindi, maka baharulah ia tahu akan dirinya bunting itu; dirasanya dirinya tiada haid. Maka Tuan Puteri Syahrul-Bariyah pun memberi tahu kepada ayahnya, Raja Kida Hindi, katany a, “Ketahuilah ayahanda, bahawa Hamba ini dua bulanlah se­karang tiada haid. Setelah Raja Kida Hindi mendengar kata anaknya itu, maka Raja Kida Hindi pun terlalu sukacita oleh anaknya itu bunting dengan Raja Iskandar; maka dipelihara­’kannya dengan sepertinya. Setelah genaplah bulannya, maka Tuan Puteri Syahrul-Bariyah pun beranaklah seorang lelaki, Maka oleh Raja Kida Hindi akan cunda itu pundinamai Aristun Syah uialadul-malihul-mukarram, terlalu sangat di­kasihi oleh Raja Kida Hindi.

Hatta berapa lamanya Raja Aristun Syah pun besarlah, terlalu baik rupanya,seperti rupa ayahanda baginda, Raja Is­kandar Zul-Karnain. Maka oleh Raja Kida Hindi dipinangkannya anak raja Turkistan. Maka Raja Aristun Syah. beranak se­orang lelaki, maka dinamainya Raja Aftus. Setelah empat puluh lima tahun lamanya Raja Iskandar kembali ke negeri Makaduniah, maka Raja Kida Hindi pun kembali ke rahmat Allah; maka cunda baginda, Raja Aristunlah kerajaan dalam negeri Hindi mengangkatkan kerajaan ninda baginda. Adalah umur baginda di atas kerajaan tiga ratus lima puluh lima tahun; maka Raja Aristun Syah pun berpindahlah dari negeri yang fana ke negeri yang baka. Maka anakanda baginda Raja Aftus­lah naik kerajaan dalam “negeri Hindi; adalah umur baginda di atas kerajaan seratus dua puluh tahun, maka baginda pun hilang; maka Raja Aska’inat naik raja, umur baginda di atas

kerajaan tiga tahun. Setelah sudah hilang maka Raja Kasdas namanya naik raja pula; adalah umur baginda di atas kerajaan dua belas tahun. Setelah sudah baginda hilang, maka Raja Amtabus namanya naik raja pula di atas takhta kerajaan; ada­lah umur baginda di atas kerajaan tiga belas tahun. Setelah sudah baginda hilang, maka Raja Zaman Yus namanya naik raja pula; adalah umur baginda itu di atas kerajaan tujuh tahun. Setelah sudah hilang baginda, maka Kharu Seka’inat namanya naik raja pula; adalah umur baginda itu di atas kerajaan tiga puluh tahun. Setelah sudah hilang baginda, maka Raja Arkhad Seka’inat namanya naik raja pula, adalah umur baginda di atas kerajaan sembilan tahun. Setelah sudah hilang baginda, maka Raja Kudar Zakuhun, anak Raja Amtabus pula naik raja, adalah umur baginda itu di atas kerajaan tujuh puluh tahun. Setelah sudah hilang baginda, maka Nabtayusar nama­nya naik raja; adalah umur baginda itu di atas kerajaan empat puluh tahun.

Maka Raja Ardis Mikan naik kerajaan; adalah baginda ber­isterikan anak Raja Nusyirwan Adil, raja masyrik dan maghrib, maka beranaklah baginda dengan tuan puteri anak Raja Nu­syirwan Adil seorang lelaki bernama Raja Darmanus. Maka anak cucu bagindalah kerajaan turun-temurun sampailah kepada anak cucu baginda yang bernama Tersi Berderas naik raja. Akan baginda itu anak Raja Zaman, cucu Syah Tersi, cicit Raja Dermanus, piut Raja Ardis Mikan anak Raja Kudar Zakuhun, cucu Raja Amtabus, cicit Raja Sabur, piut Raja Aftus, anak Raja Aristun Syah, anak Raja Iskandar Zul­Karnain. Maka Tersi Berderas beristerikan anak Raja Sulan, raja di negeri Amdan Negara; kata seTerigah riwayat, Raja Sulan itu daripada anak cucu Raja Nusyirwan Adil, anak Kobat Syahriar, raja masyrik dan maghrib; melainkan Allah subha nahu wa taala juga yang mengetahuinya Tetapi akan Raja Sulan itu raja besar sekali, segala raja-raja Hindi dan Sindi, sekalian dalam tangannya, dan segala raja-raja yang di bawah angin ini sekaliannya takluk kepada baginda itu. Maka Raja Tersi Berderas beranak dengan puteri anak Raja Sulan itu tiga orang lelaki, Raja Hiran seorang namanya, ialah kerajaan di benua Hindi dan seorang namanya Raja Suran, diambil ninda baginda Raja Sulan; seorang lagi Raja Fandin namanya, ialah kerajaan di benua Turkistan.

Perjalanan Hendak Menakluk Negeri China

 

Setelah berapa lamanya maka Raja Sulan pun hilanglah, maka cunda baginda, Raja Suranlah di atas kerajaan menggan­tikan ninda baginda di negeri Amdan Negara, terlalu besar kerajaannya, lebih besar pula daripada ninda baginda Raja Sulan. Maka adalah kerajaan baginda itu, segala raja-raja dari masyrik lalu ke maghrib sekaliannya takluk kepada baginda, melainkan negeri China juga yang tiada takluk kepada Raja Suran. Maka Raja Suran pun berkira-kira hendak menyerang negeri China. Maka baginda menyuruhlah menghlmpunkan segala bala Teriteranya; maka sekalian rakyat pun berkampung­lah daripada segala pihak negeri, tiada terpermanai lagi ba­nyaknya. Maka segala raja-raja yang takluk kepada Raja Suran itu pun sekaliannya datang dengan alat senjatanya, dan dengan segala rakyatnya sekali; adalah banyaknya segala raja-raja itu seribu dua ratus. Maka telah sudah sekaliannya datang ber­kampung, maka Raja Suran pun berangkatlah hendak menye­rang benua China.

Maka adalah daripada banyaknya rakyat berjalan itu, se­gala hutan belantara pun habis menjadi padang, dan bumi pun bergentar seperti gerupa, dan gunung pun bergerak, dan segala tanah yang tinggi-tinggi itu pun menjadi rata, dan batu pun habis berpelantingan, dan segala sungai pun habis kering, jadi seperti lumpur, kerana dua bulan perjalanan itu tiada ber­putusan lagi; jikalau pada malam yang gelap sekalipun, men­jadi terang seperti bulan pumama pada ketika cuaca, daripada kebanyakan kilat cahaya Senjata; jikalau halilintar di langit sekalipun tiada kedengaran, daripada kesangatan tempik segala hulubalang dan sorak segala rakyat, bercampur dengan gajah, kuda, tiadalah sangka bunyinya lagi. Maka segala negeri yang bertemu dengan Raja Suran itu habislah dialahkannya, maka sekalian negeri itu semuanya habis takluk kepada baginda.

Setelah berapa lamanya, maka Raja Suran pun sampailah kepada sebuah negeri Gangga Negara namanya, Raja Gangga Syah Johan nama rajanya. Maka adapun negeri itu di atas bukit, dipandang dari hadapan terlalu tinggi, dan dari belakang rendah juga; ada sekarang kotanya di darat Dinding, ke sana Perak sedikit. Setelah Raja Gangga Syah Johan mendengar khabar Raja Suran datang, maka baginda menyuruhlah meng-

himpunkan segala rakyatnya, nan menyuruh menutupi pintu kotanya, dan bangunan-bangunan pun disuruh tunggui, dan parit pun dipenuhi dengan air. Maka segala rakyat Raja Suran pun datanglah mengepung kota Gangga Negara itu, maka di­lawan berperang oleh orang di atas kota itu. Maka segala rakyat Raja Suran pun tiada boleh tampil; kenaikan baginda gajah meta. Maka beberapa ditikam dan dipanah orang dari atas kota, tiada diendahkannya; maka tampil juga ia menghampiri pintu kota Gangga Negara, dipalunya dengan cokmamya, maka pintu Gangga Negara pun robohlah. Maka Raja Suran pun masuklah ke dalam kota Gangga Negara dengan segala hulu balangnya.

Setelah . Raja Gangga Syah Johan melihat Raja Suran itu datang, maka Raja Gangga Syah Johan pun berdiri memegang panahnya; maka segera dipanahnya, kena gumba gajah Raja Suran, gajah itu jatuh terjerumus. Maka Raja Suran pun me­lorupat serta menghunus pedangnya, diparangkan kepada Raja Gangga Syah Johan, maka kenalah lehemya, putus ke­palanya, terpelanting ke tanah. Maka Raja Gangga Syah Johan pun matilah. Setelah rakyat Gangga Negara melihat rajanya mati itu, maka sekaliannya pun lari; maka ada seorang saudara raja itu perempuan, Puteri Dara Segangga  nama­nya; terlalu baik parasnya, maka diambil bagindalah akan isteri. Setelah negeri Gangga Negara sudah alah, maka Raja Suran pun berjalanlah dari sana.

Hatta berapa lamanya berjalan itu datanglah ke negeri Langgiu; dahulu negeri itu negeri besar, kotanya daripada batu hitam, sekarang lagi ada kota itu di hulu Sungai Johor. Adapun nama asal Langgiu itu dengan bahasa Siam ertinya per­bendaharaan permata, maka adalah nama rajanya Chulan; akan baginda itu raja besar, segala raja-raja yang di bawah angin dalam hukumannya.

Demi Raja Chulan mendengar Raja Suran datang itu, maka Raja Chulan pun menghimpunkan segala rakyat; dan segala raja-raja yang takluk kepada baginda, semuanya berkampunglah. Maka Raja Chulan pun mengeluarilah akan Raja Suran; maka rupa segala rakyat itu seperti lautan, rupa gajah dan kuda pun demikian juga, seperti pulau rupanya, dan tunggul panji-panji seperti hutan, dan segala Senjata pun berlapis-lapis. Sekira-kira empat gorah bumi jauhnya berjalan, setelah datang-

lah pada suatu sungai, maka kelihatanlah rakyat Raja Suran seperti hutan rupanya. Maka kata Siam, “pangkali” ertinya “sungai”, maka dinamai orang sungai itu Sungai Pangkali.

Maka bertemulah rakyat Siam dengan rakyat Keling, lalu berperanglah, tiada sangka bunyinya lagi; segala yang bergajah berjuangkan gajahnya, dan yang berkuda bergigitkan kuda­nya, dan yang berpanah berpanahanlah dianya, dan yang ber­lembing bertikamkan lembingnya, dan yang berpedang ber­tetakan pedangnya. Maka rupa segala Senjata seperti hujan yang terlalu lebat, tidaklah lagi tarupak awan di langit, oleh kebanyakan kilat Senjata itu; gegak gempitalah bunyi tempik sorak orang berperang itu, maka berbangkitlah lebu duli ke udara, kelam-kabut, siang menjadi malam seperti gerhana matahari. Maka segala rakyat antara kedua belah pihak itu pun jadi campur-baurlah, tiada berkenalan lagi waktu ber­perang itu. Mana yang mengamuk di amuk orang pula, ada yang menikam ditikam orang pula. Maka kedua pihak itu pun banyaklah mati dan lukanya, darah pun banyaklah tum pall mengalir ke bumi seperti air sebak. Maka lebu duli itu pun hilanglah, maka kelihatanlah orang berperang itu, beramuk­amukan terlalu ramai; sama-sama tiada mahu undur lagi. Maka Raja Chulan pun menampilkan gajahnya menempuh ke dalam rakyat Raja Suran yang tiada terpermanai banyaknya itu, barang di mana ditempuhnya bangkai bertimbun-timbun; maka segala rakyat Keling pun banyaklah matinya, lalu undur.

Setelah dilihat oleh Raja Suran, maka baginda pun tampillah mengusir Raja Chulan itu. Maka adapun kenaikan Raja Suran, gajah tunggal lagi meta, delapan hasta tingginya; tetapi gajah Raja Chulan itu terlalu berani. Maka bertemulah kedua gajah itu, lalu berjuang, maka bunyi kedua gading gajah itu seperti bunyi petir yang tiada berputusan. Maka kedua gajah itu pun tiada beralahan; maka berdiri Raja Chulan di atas gajahnya menimang-nimang lembingnya, lalu ditikamkannya kepada Raja Suran, maka kenalah ke baluhan gajah itu, sejengkal menjunjung ke sebelah. Maka Raja Suran pun segera memanah Raja Chulan, kena dadanya terus ke belakang; maka jatuhlah ia dari atas gajahnya ke tanah, lalu mati. Maka segala rakyat Raja Chulan melihat rajanya mati itu, maka sekalian­nya pun pecah belahlah, lalu lari cerai-berai; maka diikuti oleh segala rakyat Keling mana yang dapat habislah dibunuh-

nya. Maka segala rakyat keling pun· masuklah ke dalam kota Langgiu itu, lalu merampas, tiada terkira banyaknya beroleh rampasan itu. Maka ada seorang anak Raja Chulan itu perem­puan, Tuan Puteri Onang Kiu namanya; terlalu baik parasnya. Maka dipersembahkan orang kepada Raja Suran, maka oleh baginda diambillah akan isteri. Setelah itu maka Raja Suran berjalanlah, maka baginda pun teruslah ke Temasik.

Maka kedengaranlah pula khabamya ke benua China, me­ngatakan, “Raja Suran datang hendak menyerang kita, mem­bawa  rakyat tiada terpermanai banyaknya; sekarang sudah sampai ke Temasik.” Maka raja China pun terlalu hebat men­dengar khabar itu; maka titah raja China pada segala menteri dan segala pegawainya, “Apa bicara kamu sekalian pada me­nolakkan bala ini; jikalau sampai raja benua Keling itu ke mari, nescaya binasalah benua China ini.” Maka sembah seorang menteri yang tua, “Jikalau sampai raja daripada yang banyak, ya tuanku syah alam, yang diperHambalah membicarakan dia.” Maka titah raja China, “Bicarakanlah olehmu.” Maka Perdana Menteri pun menyuruhlah melengkapi sebuah pilau yang terbesar, diisi dengan jarum yang Serii, lagi yang karat; maka diambilnya pula pohon kesmak dan pohon segala buah-buahan yang ada buahnya, ditanamnya di atas pilau itu, dan dipilihnya orang yang tua-tua sudah tanggal giginya, di­suruhnya naik pilau itu, dipesaninya oleh Perdana Menteri itu dan disuruhnya belayar ke Temasik.

Setelah datang ke Temasik, maka dipersembahkan orang­lah kepada Raja Suran, “Ada sebuah perahu datang dari benua China.” Maka titah Raja Suran pada orangnya, “Pergilah eng­kau tanya pada China itu, berapa lagi jauhnya negeri China dari sini?” Maka orang itu pun pergilah bertanya pada orang pilau itu. Maka sahut China itu, “Tatkala kami keluar dari benua China, sekalian kami-kami ini sedang muda-muda be­laka, baharu dua belas tahun umur kami, dan segala buah-buah­an ini bijinya kami tanam, kami pun tualah, gigi kami semua pun habis tanggal; segala buah-buahan yang kami tanam itu berbuahlah, baharulah kami sampai ke mari,” Maka diambil­nya jarum ada beberapa bilah itu, ditunjukkannya pada Ke­ling itu, katanya, “Besi ini kami bawa ke marl dari benua China seperti lengan besamya, sekarang inilah tinggalnya habis haus; demikianlah peri lamanya kami di jalan, tiadalah kami

tahu akan bilangan tahunnya.”

Setelah Keling itu mendengar kata China itu, maka ia pun segera kembali memberi tahu Raja Suran; maka segala kata China yang didengamya itu semuanya dipersembahkannya kepada Raja Suran. Setelah Raja Suran mendengar sembah orang itu, maka titah Raja Suran, “]ikalau seperti kata China itu, terlalulah jauhnya benua China itu; manakalakah kita sampai ke sana? Baik kita kembali.” Maka sembah segala hulubalang, “Benarlah seperti titah Seri Maharaja itu.”

Hendak Mengetahui Isi Laut

Maka Raja Suran fikir dalam hatinya, “Bahawa isi darat telah aku ketahuilah, dan segala isi laut bagaimana gerangan rupa­nya? Jika demikian, baik aku masuk ke dalam laut, supaya aku ketahui betapa halnya.” Setelah baginda berfikir demiki­an, maka baginda pun menyuruh menghimpunkan segala pan­dai dan utus, maka dititahkan baginda berbuat sebuah peti kaca berkunci dan berpesawat dari dalam. Maka diperbuatlah oleh segala utus itu sebuah peti kaca seperti kehendak Raja Suran itu, dan diberinya berantai emas. Setelah sudah maka dibawanyalah ke hadapan Raja Suran; maka baginda pun ter­lalulah sukacita melihat perbuatan peti itu, maka baginda memberi anugerah akan segala hakim dan utus itu, tiada ter­kira-kira banyaknya. Maka Raja Suran pun masuklah ke dalam peti itu, maka segala yang di luar semuanya habis kelihatan; maka dikuncikan baginda pintu peti itu dari dalam. Maka di­hulurkan oranglah ke dalam laut, maka peti itu pun Terigge­lamlah, maka Raja Suran pun terus melihat dari dalam peti itu, pelbagai kekayaan Allah subhanahu wa taala dipandang baginda, moga-moga dengan takdir Yang Amat Kuasa, maka peti Raja Suran itu jatuh ke dalam bumi yang bernama Dika.

Maka Raja Suran pun keluarlah dari dalam peti itu, lalu berjalan melihat segala yang indah-indah; maka baginda ber­temu dengan sebuah negeri terlalu besar, lagi dengan teguh­nya. Maka Raja Suran pun masuklah ke dalam negeri itu, maka dilihat baginda dalam negeri itu suatu kaum Bu Sum () namanya, terlalu amat banyak, tiada siapa mengetahui bilangannya ; tetapi mereka itu seTerigah Islam dan seTerigah kafir.

Setelah mereka itu memandang rupa Raja Suran itu, maka sekalian orang itu hairan tercengang-cengarig dan takjub me-

mandang pakaian baginda itu. Maka oleh segala mereka itu akan Raja Suran dibawanya kepada rajanya. Adapun nama raja mereka itu Raja Aktabu’l-Ard. Setelah raja itu melihat rupa Raja Suran itu, maka ia bertanya pada orang yang mem­bawa baginda itu, “Orang mana ini?” Maka sembah orang itu, “BaHaru datang tuanku orang ini, dari mana-mana datangnya, kami sekalian tiada tahu.” Maka Raja Aktabu’l-Ard bertanya kepada Raja Suran, “Orang mana kamu ini? Dan dari mana kamu datang ke mari ini?” Maka sahut Raja Suran, “Adalah Hamba ini datang dari dalam dunia: Hambalah raja segala ma­nusia, nama Hamba Raja Suran.” Maka Raja Aktabu’l-Ard pun terlalu hairan mendengar kata Raja Suran itu; maka kata­nya, “Adakah dunia lain daripada dunia kami itu?” Maka sahut Raja Suran, “Bahawa alam itu terlalulah sekali banyak, pelbagai jenis di dalamnya.” Setelah Raja Aktabu’l-Ard men­dengar kata Raja Suran itu, terlalu amat takjub ia, seraya meng­ucap subhana ‘llahu’l malikul’l jabbar. Maka oleh Raja Aktabu’l-Ard akan Raja Suran dibawanya naik duduk di atas takhta kerajaannya.

Zuriat Raja Suran

Adapun Raja Aktabu’l-Ard ada beranak seorang perempuan, terlalu baik parasnya, bernama Tuan Puteri Mahtabu’l-Bahri. Maka oleh Raja Aktabu’l-Ard akan Raja Suran dikahwinkan dengan anaknya Tuan Puteri Mahtabu’l-Bahri itu; antara tiga tahun lamanya baginda duduk dengan Tuan Puteri Mahtabu’1­-Bahri itu, maka baginda pun beranaklah tiga orang lelaki. Setelah baginda melihat anakanda baginda ketiga itu, maka ba­ginda pun terlalu masyghul, fikir baginda, “Apa kesudahan anakku diam di bawah bumi ini, apa upayaku membawa dia keluar?”

Kata sahibu’l-hikayat, Terigah baginda berfikir itu, dengan takdir Allah Yang Empunya Iradat, sekonyong-konyong da­tanglah raja jin Asmaghiah Peri mengadap baginda. Setelah Raja Suran melihat raja jin itu, lalu dikenal baginda; maka titah baginda, “Apakah kerja tuan hamba ke mari? “Maka sembahnya, “Sahaja hamba mengadap.” Maka titah Raja Suran, “Jika demikian hendaklah tuan Hamba perbuatkan hamba, mahkota tiga biji akan pakaian anak hamba, supaya ada tanda Raja Iskandar Zul-Karnain kepadanya.” Maka sahut raja jin

Asmaghiah Peri, “Mahkota kudrat yang di dalam perbenda­haraan Paduka Mambanglah hamba ambil.” Maka sahut ba­ginda, “Sebenar-benar bicaralah kehendak tuan hamba itu.” Maka raja jin pun bermohonlah, lalu ghaib dari mata baginda. Maka diambilnya mahkota tiga buah dari dalam perbendaha­raan Raja Sulaiman ‘alaihi s-salam, dibawanya kepada Raja Suran. Maka diambil baginda dengan sukacitanya. Maka raja jin pun bermohon lalu kembali. Maka Raja Suran pun datang kepada Raja Aktabu’l-Ard membawa mahkota itu; maka kata Raja Suran, “Jikalau anak Hamba ketiga ini sudah besar, hen­daklah tuan Hamba hantar ia ke dalam dunia, supaya mahkota kerajaan Iskandar Zul-Karnain itu jangan berputusan; mahkota ini akan pakaiannya.” Maka sahut Raja Aktabu’l-Ard, “Baik­lah. “

Setelah itu maka Raja Suran punbermohonlah kepada Raja Aktabu’l-Ard, dan bertangis-tangisan dengan isteri ba­ginda, memeluk mencium anakanda baginda ketiga. Maka Raja Aktabu’l-Ard memberi kuda semberanijantan, Farasu’l-Bahri namanya; maka Raja Suran pun naiklah ke atas kuda itu, maka oleh kuda itu dibawanya Raja Suran keluar dari dalam laut, lalu berjalan ia di Terigah laut itu.

Maka dilihat oleh rakyat baginda, yang di atas kuda itu Raja Suranlah; maka segera dibawanya seekor kuda betina yang baik ke pantai Baniras. Setelah kuda jantan itu melihat kuda betina itu, maka ia pun naiklah berjalan ke darat. Maka baginda pun turunlah semayam dihadap menteri, hulubalang, rakyat sekalian; maka kuda itu pun kembalilah ke dalam laut itu. Maka titah Raja Suran kepada menterinya. “Himpunkan­lah segala bala Teritera kita sekalian, kampungkan segala gajah kuda, jangan diberi berpecah-pecah, kerana hendak kembali; dan tafahus segala yang sakit dan yang kekurangan makanan; tetapi alat Senjata perbaiki barang yang tiada baik, dan pang­gil segala hakim dan utus. Maka segala mereka itu pun datang­lah mengadap baginda dengan alat pegawainya; maka titah baginda pada segala hakim dan utus itu, “Hendaklah kamu sekalian perbuatkan aku suatu alamat, tanda kita masuk ke dalam laut ini. Adalah kehendak hatiku, biarlah perbuatan­nya kekal hingga hari kiamat; dan kamu suratkan segala hi­kayat kita masuk ke dalam laut, supaya diketahui dan di­dengar oleh segala anak cucu kita yang kemudian.”

Setelah segala hakim dan utus mendengar titah Raja Suran itu, maka diambil oleh mereka itu suatu batu, maka disurat­nyalah dengan bahasa Hindustan. Setelah sudah maka disuruh oleh Raja Suran masukkan beberapa harta daripada emas dan perak dan permata dan ratna mutu manikam dan segala mata benda yang ajaib-ajaib. Maka titah Raja Suran, “Pada akhir zaman kelak ada seorang daripada anak cucuku juga, ialah beroleh harta ini, dan raja itulah yang menaklukkan segala negeri yang di bawah angin ini.”

Setelah itu maka Raja Suran pun kembalilah ke benua Keling. Setelah sampai baginda ke negeri Keling, maka baginda pun berbuat sebuah negeri terlalu besar, kotanya daripada batu hitam tujuh lapis, serta dengan tebalnya, dan tingginya sembilan depa; daripada pandainya segala pandai dan utus berbuat dia itu, tiadalah kelihatan rapatannya lagi, rupanya seperti dituang, pintunya daripada besi melela bertatahkan emas ber­pennata, Adapun peri luasnya kota itu, tujuh buah gunung di dalamnya; sama Terigah negeri itu ada sebuah tasik terlalu luas, seperti laut rupanya, jikalau gajah berdiri di seberang sana, tiada kelihatan dari sebelah sini, maka serba ikan dilepaskan di dalam tasik itu. Maka di Terigah tasik itu pula ada sebuah pulau terlalu tinggi, Sentiasa berasap seperti di saput embun rupanya; maka di atas pulau itu, ditanami pelbagai kayu-kayuan daripada serba jenis buah-buahan dan bunga-bungaan yang ada di dalam dunia ini semuanya ada di sana; apabila Raja Suran hendak bermain-main ke sanalah ia pergi. Maka di tepi tasik itu diperbuatnya pula suatu hutan terlalu besar; maka dilepaskannya segala binatang liar, dan apabila Raja Suran hendak berburu atau menjerat gajah, pada hutan itulah ia pergi. Setelah sudahlah negeri itu diperbuat, maka dinamai oleh Raja Suran “Bijaya Negara”, sekarang pun ada lagi negeri itu di benua Keling. Adapun kisah Raja Suran itu, jikalau dihikayatkan semuanya, seperti Hikayat Hamzahlah tebalnya.

Hatta berapa lamanya maka Raja Suran pun beranaklah dengan Tuan Puteri Onang Kiu anak Raja Chulan, seorang perempuan, terlalu baik parasnya, pada zaman itu tiadalah sebagainya seorang jua pun; malta dinamai oleh ayahanda baginda Tuan Puteri Cendani Wasis, dan beranak dengan Tuan Puteri Dara Segangga tiga orang lelaki, yangtua bernama Citram Syah, seorang bernama Paladu Tani, dan seorang ber-

nama Nila Manam. Maka Puteri Cendani Wasis dipinang oleh raja China didudukkannya dengan anaknya yang bernama Raja Cu Lan. Maka oleh Raja Suran anakandanya Paladu Tani dirajakan di negeri Amdan Negara, dan Nila Manam di­rajakannya di Bijaya Negara akan menggantikan kerajaan baginda. Maka Citram Syah dirajakannya di negeri Candu Kani.

Maka kata Citram Syah, “Aku anak yang tua, dirajakan­nya pada negeri kecil; baiklah aku membuang diriku.” Maka Citram Syah pun pergilah membuang dirinya berkapal, dibawanya segala alat kerajaannya, dan dua puluh buah kapal lengkap dengan alat peperangan. Niat baginda hendak meng­alahkan segala negeri yang di tepi laut, supaya takluk kepada baginda. Setelah beberapa puluh buah negeri dialahkan ba­ginda, maka datanglah pada Laut Selbu; maka pada suatu malam, turun taufan terlalu besar, dengan hujan, ribut, guruh, petir, Maka segala kapal itu pun habislah pecah cerai-berai ke sana sini, seTerigah kembali ke negeri Candu Kani, seTerigah tiada ketahuan perginya. Adapun hikayatnya terlalu amat lanjut; jika kami hikayatkan semuanya, jemu orang yang mendengar dia; maka kami sirupankan juga, kerana per­kataan yang amat lanjut itu tiada gemar bagi orang yang ber­akal adanya.