Archives

3.0 Metodologi Kajian

Kaedah kajian yang dijalankan adalah dengan menggunakan buku Sulalatus Salatin yang dikarang oleh A. Samad Ahmad. Hal ini membolehkan kami mendalami aspek gaya bahasa dalam karya tersebut.

Setelah membaca buku tersebut, isi kandungannya akan ditranskripsikan bagi membolehkan saya mengkaji aspek gaya bahasa simile serta meneliti makna dalam karya berkenaan.

Saya menggunakan perisian Antcon bagi memudahkan saya mendapatkan teks yg dikaji.

Perisian Antcon yang digunakan

Pertama, pilih Open File untuk mencari teks yang di kaji

Kemudian, pilih teks. Teks tersebut hendaklah dalam format .txt

Teks yang di pilih itu kemudian akan muncul dalam perisian. Setelah itu, perkataan simile “seperti” ditaip  dalam kotak di bawah seperti dalam rajah. Apabila butang start ditekan, akan muncul perkataan “seperti” dalam rajah.