Archives

1.2 Latar Belakang Kajian

Kajian ini adalah berdasarkan buku Sulalatus Salatin oleh A.Samad Ahmad yang dikenali juga sebagai Sejarah Melayu. Banyak penceritaan di dalam karya ini, namun tumpuan kajian adalah bab 1 yang meliputi aspek asal-usul keturunan raja dan kisah pembukaan negara kota.

Peristiwa-peristiwa tersebut dikaitkan dengan mitos, lagenda, dongeng dan fantasi. Asal-usul raja Melaka dikaitkan dengan Iskandar Zul-karnain.

1.5 Definisi Istilah

Gaya bahasa merupakan cara penyampaian para intelektual meluahkan buah fikiran mereka mengikut pengetahuan penggunaan kata-kata dan  penyusunan ayat untuk menimbulkan seni dalam hasil karya kesusasteraan,  secara tidak langsung akan dapat memikat dan seterusnya menarik minat pembaca terhadap karya-karya sastera. Gaya bahasa juga adalah bertujuan untuk memperlembutkan lagi makna percakapan dan juga adalah untuk mengindahkan lagi bahasa  itu.

Menurut Gory Keraf, (1985:113) gaya bahasa adalah cara mengungkapkan fikiran melalui bahasa secara khas yang memperlihatkan jiwa dan keperibadian penulis (pemakai bahasa). Sesebuah gaya bahasa yang baik harus mengandungi tiga unsur berikut ; kejujuran, sopan-santun dan menarik.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, simile (similé)  ditakrifkan sebagai perumpamaan yang secara jelas mengungkapkan perbandingan atau persama­an antara sesuatu (orang, benda, dsb) dan yg lain.

Justeru itu, kajian ini akan menghuraikan aspek gaya bahasa simile dengan mengemukakan beberapa contoh dalam kajian teks Sulalatus Salatin yang terjemah oleh A. Samad Ahmad.

1.4 Kepentingan Kajian

Kajian terhadap teks Sulalatus Salatin ini adalah bertujuan untuk mengetengahkan aspek simile yang sangat popular dalam karya sastera. Aspek ini berupaya mengindahkan lagi sesuatu karya itu serta memantapkan penulisan. Dalam bidang linguistik, sastera merupakan satu sub bidang yang saling berkait rapat yang turut melibatkan bahasa.

1.1 Pendahuluan

Bahasa merupakan alat berkomunikasi dan perhubungan di antara seorang individu dengan individu lain. Melalui bahasa,  sesuatu komuniti masyarakat dapat berinteraksi dengan mudah dan cepat. Bahasa memainkan peranan penting dalam membentuk sesuatu masyarakat. Gaya bahasa adalah pemakaian kata-kata kiasan dan perbandingan bagi menggambarkan sesuatu maksud.  Pelbagai gaya bahasa dapat dilihat melalui sesuatu bahasa. Oleh itu, kajian kami akan memperlihatkan tentang gaya-gaya bahasa yang ada dalam Karya Sulalatus Salatin yang dikarang oleh A. Samad Ahmad. Seterusnya, kajian saya akan mengupas tentang gaya bahasa simile dalam karya Sulalatus Salatin. Simile adalah perbandingan yang digunakan untuk menyamakan dua benda.

1.3 Objektif kajian

Antara objektif kajian ini ialah:

1) Mengenal pasti  aspek gaya simile dalam karya Sulalatus Salatin.

2) Meneliti makna gaya simile dalam bab 1 karya Sulalatus Salatin