Archives

5.1 Penutup

Kesimpulannya, kata simile mempunyai kepentingannya dalam kajian linguistik. Walau bagaimanapun dalam karya  Sulalatus Salatin Bab 1 ini tidak terdapat perkataan simile yang lain iaitu ‘bak’, ‘umpama’, dan ‘laksana’ yang dapat pengkaji ketengahkan. Hanya perkataan ‘seperti’ sahaja yang diperoleh melalui perisian Antcon ini.

3.0 Metodologi Kajian

Kaedah kajian yang dijalankan adalah dengan menggunakan buku Sulalatus Salatin yang dikarang oleh A. Samad Ahmad. Hal ini membolehkan kami mendalami aspek gaya bahasa dalam karya tersebut.

Setelah membaca buku tersebut, isi kandungannya akan ditranskripsikan bagi membolehkan saya mengkaji aspek gaya bahasa simile serta meneliti makna dalam karya berkenaan.

Saya menggunakan perisian Antcon bagi memudahkan saya mendapatkan teks yg dikaji.

Perisian Antcon yang digunakan

Pertama, pilih Open File untuk mencari teks yang di kaji

Kemudian, pilih teks. Teks tersebut hendaklah dalam format .txt

Teks yang di pilih itu kemudian akan muncul dalam perisian. Setelah itu, perkataan simile “seperti” ditaip  dalam kotak di bawah seperti dalam rajah. Apabila butang start ditekan, akan muncul perkataan “seperti” dalam rajah.

1.2 Latar Belakang Kajian

Kajian ini adalah berdasarkan buku Sulalatus Salatin oleh A.Samad Ahmad yang dikenali juga sebagai Sejarah Melayu. Banyak penceritaan di dalam karya ini, namun tumpuan kajian adalah bab 1 yang meliputi aspek asal-usul keturunan raja dan kisah pembukaan negara kota.

Peristiwa-peristiwa tersebut dikaitkan dengan mitos, lagenda, dongeng dan fantasi. Asal-usul raja Melaka dikaitkan dengan Iskandar Zul-karnain.

1.5 Definisi Istilah

Gaya bahasa merupakan cara penyampaian para intelektual meluahkan buah fikiran mereka mengikut pengetahuan penggunaan kata-kata dan  penyusunan ayat untuk menimbulkan seni dalam hasil karya kesusasteraan,  secara tidak langsung akan dapat memikat dan seterusnya menarik minat pembaca terhadap karya-karya sastera. Gaya bahasa juga adalah bertujuan untuk memperlembutkan lagi makna percakapan dan juga adalah untuk mengindahkan lagi bahasa  itu.

Menurut Gory Keraf, (1985:113) gaya bahasa adalah cara mengungkapkan fikiran melalui bahasa secara khas yang memperlihatkan jiwa dan keperibadian penulis (pemakai bahasa). Sesebuah gaya bahasa yang baik harus mengandungi tiga unsur berikut ; kejujuran, sopan-santun dan menarik.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, simile (similé)  ditakrifkan sebagai perumpamaan yang secara jelas mengungkapkan perbandingan atau persama­an antara sesuatu (orang, benda, dsb) dan yg lain.

Justeru itu, kajian ini akan menghuraikan aspek gaya bahasa simile dengan mengemukakan beberapa contoh dalam kajian teks Sulalatus Salatin yang terjemah oleh A. Samad Ahmad.

1.4 Kepentingan Kajian

Kajian terhadap teks Sulalatus Salatin ini adalah bertujuan untuk mengetengahkan aspek simile yang sangat popular dalam karya sastera. Aspek ini berupaya mengindahkan lagi sesuatu karya itu serta memantapkan penulisan. Dalam bidang linguistik, sastera merupakan satu sub bidang yang saling berkait rapat yang turut melibatkan bahasa.

1.1 Pendahuluan

Bahasa merupakan alat berkomunikasi dan perhubungan di antara seorang individu dengan individu lain. Melalui bahasa,  sesuatu komuniti masyarakat dapat berinteraksi dengan mudah dan cepat. Bahasa memainkan peranan penting dalam membentuk sesuatu masyarakat. Gaya bahasa adalah pemakaian kata-kata kiasan dan perbandingan bagi menggambarkan sesuatu maksud.  Pelbagai gaya bahasa dapat dilihat melalui sesuatu bahasa. Oleh itu, kajian kami akan memperlihatkan tentang gaya-gaya bahasa yang ada dalam Karya Sulalatus Salatin yang dikarang oleh A. Samad Ahmad. Seterusnya, kajian saya akan mengupas tentang gaya bahasa simile dalam karya Sulalatus Salatin. Simile adalah perbandingan yang digunakan untuk menyamakan dua benda.

4.0 Dapatan kajian

Berdasarkan karya sulalatus salatin, dapatan kajian diperoleh seperti berikut:

BIL

PERKATAAN

KEKERAPAN

1

SEPERTI

30

Daripada analisis kajian, terdapat 30 kekerapan penggunaan gaya bahasa simile ‘seperti’ dalam karya sulalatus salatin antaranya:

1) ter­lalu ramai seperti yang dalam Hikayat Iskandar itu

2)  Maka dipersalini oleh Raja Iskandar akan Raja Kida Hindi seperti pakaian dirinya

3)  cahaya mukanya gilang-gemilang seperti cahaya matahari

4) “Sahaja sebenarnyalah pekerjaan yang seperti titah tuan Hamba itu.”

5)  dan anak Hamba sekalian pun Hamba juga ke bawah duli baginda itu, seperti sahaya yang mengerjakan dia    seorang,

6)  hingga t’er­timbunlah segala emas dan perak dan ratna mutu manikam itu di hadapan Raja Iskandar, seperti busut dua tiga timbun­annya.

7)  maka berangkatlah Raja Iskandar seperti adat dahulukala,

8) lalu ke matahari hidup, seperti yang tersebut dalam hikayatnya yang masyhur itu

9 Maka baginda pun berangkatlah dari istana, seperti adat dahulukala,

10)  segala raja-raja yang belum takluk kepadanya,, seperti yang termazkur itu.

11) terlalu baik rupanya,seperti rupa ayahanda baginda, Raja Is­kandar Zul-Karnain

12) bumi pun bergentar seperti gerupa

13) dan segala sungai pun habis kering, jadi seperti lumpur,

14) seperti bulan purnama pada ketika cuaca

15) maka rupa segala rakyat itu seperti lautan

16) rupa gajah dan kuda pun demikian juga, seperti pulau rupanya

17) dan tunggul panji-panji seperti hutan

18)  maka kelihatanlah rakyat Raja Suran seperti hutan rupanya

19) Maka rupa segala Senjata seperti hujan yang terlalu lebat

20 siang menjadi malam seperti gerhana matahari

21) darah pun banyaklah tumpah mengalir ke bumi seperti air sebak

22)  maka bunyi kedua gading gajah itu seperti bunyi petir yang tiada berputusan

23) “Besi ini kami bawa ke mari dari benua China seperti lengan besarnya

24) “]ikalau seperti kata China itu, terlalulah jauhnya benua China itu; manakalakah kita sampai ke sana?

25) Benarlah seperti titah Seri Maharaja itu.

26) Maka diperbuatlah oleh segala utus itu sebuah peti kaca seperti kehendak Raja Suran itu

27) tiadalah kelihatan rapatannya lagi, rupanya seperti dituang

28) sama Terigah negeri itu ada sebuah tasik terlalu luas, seperti laut rupanya

29) Sentiasa berasap seperti di saput embun rupanya;

30) Adapun kisah Raja Suran itu, jikalau dihikayatkan semuanya, seperti Hikayat Hamzahlah tebalnya.

Penelitian Makna Aspek Simile

1) ter­lalu ramai seperti yang dalam Hikayat Iskandar itu – rakyat yang berperang itu sangat ramai seperti dalam Hikayat Iskandar

2)  Maka dipersalini oleh Raja Iskandar akan Raja Kida Hindi seperti pakaian dirinya – Raja Kida Hindi diberikan persalinan seperti pakain Raja Iskandar

3)  cahaya mukanya gilang-gemilang seperti cahaya matahari – dibandingkan seri pada wajah Puteri Syahrul Bariyah dengan cahaya matahari / rupanya sangat cantik.

4) “Sahaja sebenarnyalah pekerjaan yang seperti titah tuan Hamba itu.”- Perdana Menteri itu memberitahu Raja Kida Hindi bahawa itu adalah pekerjaan dia untuk menyatakan tentang permintaan Raja tersebut untuk mempersembahkan anaknya kepada Raja Iskandar

5)  dan anak Hamba sekalian pun Hamba juga ke bawah duli baginda itu, seperti sahaya yang mengerjakan dia seorang, – digambarkan bahawa Raja Kida Hindi dan anaknya adalah hamba kepada Raja Iskandar seperti dia menjaga anaknya seorang

6)  hingga t’er­timbunlah segala emas dan perak dan ratna mutu manikam itu di hadapan Raja Iskandar, seperti busut dua tiga timbun­annya. – begitu banyak emas permata yang digambarkan melalui perbandingan busut iaitu longgokan tanah yang meninggi

7)  maka berangkatlah Raja Iskandar seperti adat dahulukala, – adat merupakan perkataan Arab yang bermaksud kebiasaan.

8) lalu ke matahari hidup, seperti yang tersebut dalam hikayatnya yang masyhur itu – digambarkan Raja Iskandar Zulkarnain bergerak ke arah matahari terbit (timur) yang diceritakan dalam hikayatnya yang terkenal itu

9 Maka baginda pun berangkatlah dari istana, seperti adat dahulukala,- Raja Iskandar Zulkarnain bergerak dari istana dengan berlangsungnya upacara

10)  segala raja-raja yang belum takluk kepadanya,, seperti yang termazkur itu – semua raja yang belum ditakluk seperti yang tercatat / termaktub

11) terlalu baik rupanya,seperti rupa ayahanda baginda, Raja Is­kandar Zul-Karnain – dibandingkan rupa putera tersebut persis bapanya, Raja Iskandar Zul-Karnain

12) bumi pun bergentar seperti gerupa – dibandingkan bumi yang bergegar seperti gerupa

13) dan segala sungai pun habis kering, jadi seperti lumpur, kerana dua bulan perjalanan itu tiada ber­putusan lagi;- sungai yang kehabisan air digambarkan seperti lumpur disebabkan perjalanan yang tidak henti-henti

14)jikalau pada malam yang gelap sekalipun, seperti bulan purnama pada ketika cuaca – digambarkan malam seperti bulan purnama oleh cahaya yang dikeluarkan oleh senjata

15) maka rupa segala rakyat itu seperti lautan – dibandingkan rupa rakyat yang ramai jumlahnya seperti lautan

16) rupa gajah dan kuda pun demikian juga, seperti pulau rupanya – digambarkan gajah dan kuda banyak seperti pulau

17) dan tunggul panji-panji seperti hutan – digambarkan kayu  bendera yang banyak seperti hutan

18)  maka kelihatanlah rakyat Raja Suran seperti hutan rupanya – digambarkan rakyatnya yang terlalu ramai seperti hutan

19) Maka rupa segala Senjata seperti hujan yang terlalu lebat – senjata yang terlalu banyak digambarkan dengan hujan yang lebat

20) siang menjadi malam seperti gerhana matahari – digambarkan waktu siang yang terlindung dari cahaya matahari /suasana ketika itu seperti  gerhana matahari

21) darah pun banyaklah tumpah mengalir ke bumi seperti air sebak – dibandingkan darah yang tumpah seperti air yang banyak / melimpah

22)  maka bunyi kedua gading gajah itu seperti bunyi petir yang tiada berputusan – digambarkan bunyi gading gajah seperti petir yang sabung-menyabung

23) “Besi ini kami bawa ke mari dari benua China seperti lengan besarnya – digambarkan bahawa besi yang dibawa dari China itu adalah sebesar lengan.

24) “]ikalau seperti kata China itu, terlalulah jauhnya benua China itu;  -Raja Suran mengiakan cerita yang didengarnya iaitu negara China sangatlah jauh seperti yang diperkatakan oleh rakyat negeri itu

25) Benarlah seperti titah Seri Maharaja itu – para hulubalang percaya apa yang dititahkan oleh Seri Maharaja itu.

26) Maka diperbuatlah oleh segala utus itu sebuah peti kaca seperti kehendak Raja Suran itu – Raja Suran meminta diperbuatkan sebuah peti kaca

27) tiadalah kelihatan rapatannya lagi, rupanya seperti dituang – digambarkan batu hitam yang membuat kota adalah rapat seperti logam yang dituang / tidak kelihatan kotanya

28) sama Terigah negeri itu ada sebuah tasik terlalu luas, seperti laut rupanya – membandingkan tasik yang luas seperti laut

29) Maka di Terigah tasik itu pula ada sebuah pulau terlalu tinggi, Sentiasa berasap seperti di saput embun rupanya; – digambarkan pulau yang tinggi itu sentiasa dilitupi kabus / diliputi embun

30) Adapun kisah Raja Suran itu, jikalau dihikayatkan semuanya, seperti Hikayat Hamzahlah tebalnya – digambarkan kisah Raja Suran setebal Hikayat Hamzah